"Bernikah Dengan Bersaksikan Kaabah" - MasyaAllah,Tak Ramai Yang Dapat Buat Begini

Perkahwinan merupakan sebuah matlamat dan hala tuju yang diimpikan oleh setiap pasangan. Mana tidaknya, ia merupakan tanda ikatan sah di antara dua mempelai untuk bersama dalam susah dan senang hingga ke hari tua.

Perkahwinan Di Lokasi Luar Biasa

Oleh itu peristiwa yang terjdi di Tanah Suci ini menjadikan para pemerhati termasuk netizen dibuai rasa cem.buru dan iri hati dek kerana tuah 2 merpati sej0li yang mengikat ikatan sah di kawasan Kaabah.

“Pengantin Kaabah” Tular Di Tiktok

Momen yang istimewa ini dirakamkan dan dikongsi melalui media sosial Tiktok oleh seorang pengguna platfrom tersebut yang bergelar @alfiyudin. Setakat ini perkongsian tersebut berjaya meraih 2.2 juta tontonan, 246.9 ribu likes dan 5680 komen.

Vide0 itu memaparkan sepasang merpati dua sejoli sedang meniti kemuncak kebahagaian apabila diijab kabuIkan di kawasan Kaabah, Mekah. Majlis serba ringkas tersebut disaksikan beberapa jemaah lain yang berkemungkinan merupakan ibu dan bapa serta keluarga terdekat kepada pasangan tersebut.

Reaksi Pelbagai Dari Netizen

Rentetan detik tersebut yang jarang sekali berlaku di rantau ini, ribuan komen membanjiri perkongsian tersebut. Antara yang menarik perhatian adalah komen yang meluahkan rasa kagum dek kerana pernikahan tersebut tidak melibatkan peralatan atau props yang berlebih-lebihan seperti pelamin.

Tidak kurang juga yang menyatakan rasa hairan kerana tidak tahu-menahu bahawa upacara pernikahan boleh dilakukan di kawasan tersebut. Namun, kebanyakkan netizen berasa terinspirasi dengan vide0 tersebut dan berhajat mampu melakukan perkara yang sama pada suatu masa kelak.

Kredit: Tiktok alfiyudin / erinsakura

Comments

Popular posts from this blog

KEMUNCULAN VIRUS 'LANGYA' CETUS KEBIMBANGAN, 35 ORANG TERJANGKITI

[TERKINI] Tarikh Kemaskini Info Maklumat BKM Fasa 3

Selesai buat umrah, Fara Salleh minta titip doa agar dirinya terus beristiqamah