[TERKINI] TNB Beri Amaran Emel Palsu Tawar Wang Tunai

Baru-baru ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memberi amaran kepada orang ramai mengenai e-mel palsu yang dihantar kepada pelanggan menyatakan mereka memenangi hadiah wang tunai.

Menurut, TNB menegaskan bahawa ianya hanyalah satu penipuan.

Antara kandungan emel yang dihantar adalah seperti berikut:

“Tahniah, semasa pembayaran bil elektrik anda untuk TNB, akaun anda telah dipilih sebagai pemenang bertuah RM195,000 kerana anda (konsisten) membuat pembayaran untuk bil elektrik anda.

“TNB ingin mengucapkan tahniah kepada anda sebagai pemenang untuk program pemberian dalam talian 2022 tahun ini.

“Proses pemilihan telah dijalankan melalui pemilihan rawak e-mel dalam sistem elektrik berkomputer kami daripada pangkalan data lebih 300,000 akaun peribadi yang diambil dari semua negeri di Malaysia, di mana anda adalah orang yang paling bertuah untuk memenangi hadiah ini.”

Emel tersebut nampak menyakinkan kerana menggunakan nama Nazmi Bin Othman sebagai Pegawai Kiriman Wang dan Ketua Kewangan TNB.

Menurut TNB, mereka tidak menawarkan sebarang hadiah wang tunai kepada pelanggan.

Pihak TNB juga memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengklik pautan yang diberikan atau menghubungi nombor telefon bimbit dalam e-mel palsu kerana ia disyaki satu penipuan untuk menggodam telefon bimbit.

Semua komunikasi melalui e-mel oleh TNB dilakukan menggunakan alamat e-mel syarikat iaitu tnbcareline@tnb.com.my

Pelanggan digesa menghubungi TNB melalui talian rasmi TNB Careline di Facebook dan Twitter untuk mengesahkan sebarang e-mel dan mesej mencurigakan yang diterima melalui WhatsApp atau khidmat pesanan ringkas.

SUMBER: PORTALMALAYSIA

 

Comments

Popular posts from this blog

KEMUNCULAN VIRUS 'LANGYA' CETUS KEBIMBANGAN, 35 ORANG TERJANGKITI

[TERKINI] Tarikh Kemaskini Info Maklumat BKM Fasa 3

Selesai buat umrah, Fara Salleh minta titip doa agar dirinya terus beristiqamah