[TERKINI] SEMAKAN STATUS RAYUAN & TARIKH PEMBAYARAN BKM 2022

Sehingga kini masih ramai yang tertanya-tanya bilakah semakan status rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)

Dan sekiranya permohonan rayuan diluluskan, bilakah tarikh pembayaran akan dilakukan? Dan berapakah jumlah bayaran yang akan diperolehi?

Berikut kami kongsikan kepada anda mengenai semakan status rayuan BKM 2022 dan jangkaan tarikh pembayaran.

Rayuan BKM 2022

Untuk makluman, permohonan rayuan BKM telah ditutup pada 2 Jun 2022 dan 7 Jun 2022 bagi Sabah & Sarawak.

Permohonan rayuan ini dibuka untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak lulus permohonan BKM untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen.

Semakan Status Rayuan BKM 2022

Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah memaklumkan pada 30 April lalu bahawa permohonan rayuan yang diluluskan akan menerima BKM melalui bayaran Fasa 3 dan Fasa 4

Keputusan rayuan dijangkan akan diumumkan pada bulan september memandangkan pembayaran rayuan bkm akan diterima pada bulan september

Semakan status rayuan BKM boleh dibuat di portal BKM di https://bkm.hasil.gov.my/

Tarikh Bayaran Rayuan BKM 2022

Tarikh bayaran bagi mereka yang diluluskan permohonan akan dijadualkan pada bulan September 2022 dan Disember 2022 iaitu melalui bayaran BKM Fasa 3 dan Fasa 4

Memandangkan status kelulusan rayuan BKM belum diumumkan, pemohon yang membuat semakan status rayuan sekarang akan menerima status lama yang tertulis "Tidak Lulus"

Jumlah Bayaran Rayuan BKM 2022

Bagi pembayaran rayuan bkm, penerima yang lulus akan menerima bayaran berdasarkan kelayakan setiap penerima mengikut kategori isi rumah, bujang atau ibu bapa tunggal

Sehingga kini, kerajaan belum mengumumkan berapakah jumlah sebenar bantuan yang akan diterima oleh penerima rayuan BKM

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima bermula dari Fasa 1 sehingga Fasa 4


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari laman web BKM

Perhatian: Segala Info yang Dikongsi ini adalah berdasarkan Sumber Official Sahih Sahaja.

Dapatkan Info-Info berkaitan bantuan dari kami di STMedia, Terima Kasih.

SUMBER:BLOGROJAK



Comments

Popular posts from this blog

KEMUNCULAN VIRUS 'LANGYA' CETUS KEBIMBANGAN, 35 ORANG TERJANGKITI

[TERKINI] Tarikh Kemaskini Info Maklumat BKM Fasa 3

Selesai buat umrah, Fara Salleh minta titip doa agar dirinya terus beristiqamah