[TERKINI] Kini anda sudah boleh isi minyak guna Touch ‘n Go RFID di Stesen Shell
Sekarang trend pembayaran tanpa tunai atau e-wallet semakin digemari. Ramai yang semakin biasa dan selesa dengannya. Lagipun, cara ni lebih efisien memandangkan ia lebih selamat, mudah dan menjimatkan masa. Setuju!
Apa pendapat korang kalau tiba-tiba je Touch ‘n Go dan Shell Malaysia nak perkenalkan pengalaman tanpa tunai baru? Wah, mesti canggih punya ni! Korang mesti tak sabar nak cuba nanti. Tapi macam mana mereka buat? Haa.. Ini la dia!
Jom guna Touch ‘n Go RFID untuk isi minyak di Shell!
Surprise! Korang dah pernah dengar pasal ni? Sekarang Touch ‘n Go dan Shell Malaysia dah lancarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai baharu yang menggunakan teknologi Touch ‘n Go RFID. Canggih betul!
Korang boleh guna Touch ‘n Go RFID untuk isi minyak di 88 lokasi stesen minyak Shell seluruh negara. Jumlah stesen minyak Shell ni dijangka akan meningkat sebanyak dua kali ganda menjelang akhir tahun ni tau. Yay!
- Mula-mula korang kena pautkan tag RFID Touch ‘n Go kepada akaun Touch ‘n Go eWallet korang.
- Korang buat pendaftaran dan pengaktifan ni sekali je melalui Touch ‘n Go eWallet.
- Selepas berjaya, korang dah boleh parking kenderaan dalam petak di stesen minyak Shell dengan ciri RFID.
- Kenderaan korang akan dikesan sepantas beberapa saat dan pembayaran didebit automatik daripada Touch n’ Go eWallet. Lepas tu, dah boleh isi minyak!
- Jumlah yang tak digunakan akan dikembalikan serta-merta ke dalam akaun Touch ‘n Go eWallet korang.
Paling best, bermula 10 Ogos hingga 16 September 2022, seramai 25,000 pelanggan pertama yang isi minyak di stesen Shell dengan Touch ‘n Go RFID akan dapat ganjaran menarik. Mungkin korang salah seorang darinya!
Hanya perlu pam minimum RM50 di Shell untuk transaksi Touch ‘n Go RFID pertama, lepas tu korang akan terima pulangan tunai sebanyak RM10. Tapi ganjaran ni untuk mereka yang pertama kali guna perkhidmatan ni tau. Take note tu!
Untuk info lebih lanjut tentang pengisian minyak dengan Touch ‘n Go RFID di Shell, korang boleh terus layari https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/rfid/rfid-petrol/ dan www.shell.com.my/rfid.
SUMBER:perakinsights
Comments
Post a Comment