[TERKINI] Jawatan Kosong Terkini Pembantu Tadbir 2022

Berikut adalah pengambilan terkini bagi jawatan pembantu tadbir sebagai perkhidmatan awam bagi yang berminat dan berkelayakan untuk memohon permohonan jawatan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang jawatan kosong yang ditawarkan serta cara untuk anda membuat permohonan. JPA dan KKM kini membuka 285 peluang kerjaya kepada individu yang layak untuk menyertai perkhidmatan awam sebagai Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W19 bagi lepasan SPM dan SKM.


Syarat Kelayakan Jawatan Pembantu Tadbir

Calon bagi lantikan Pembantu Tadbir hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

Calon bagi lantikan Pembantu Tadbir juga hendaklah memiliki kelayakan seperti Warganegara Malaysia yang Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.  (Gaji permulaan pada Gred W19 ialah RM1,353.00).

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40).

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40).

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80).

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80).

Cara Permohonan

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) pautan di bawah ini.

https://spa9.spa.gov.my

Muat turun panduan permohonan : Panduan Pengguna SPA9 (PDF)

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pemohon dengan kelayakan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan atau peringkat Tertinggi hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.

Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan teknikal berhubung Sistem SPA9 dan Untuk maklumat lanjut, sila layari Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA (https://spa.spab.gov.my/)

Perhatian: Segala Info yang Dikongsi ini adalah berdasarkan Sumber Official Sahih Sahaja.
Dapatkan Info-Info berkaitan bantuan dari kami di STMedia, Terima Kasih.
SUMBER:MYINFOKERJA


Comments

Popular posts from this blog

KEMUNCULAN VIRUS 'LANGYA' CETUS KEBIMBANGAN, 35 ORANG TERJANGKITI

[TERKINI] Tarikh Kemaskini Info Maklumat BKM Fasa 3

Selesai buat umrah, Fara Salleh minta titip doa agar dirinya terus beristiqamah