Subahanallah, Nenek 80 Tahun Ditemui mninggal Dalam Keadaan Sujud mengundang kesebakan Netizen

Ditemui men1nggal dunia oleh cucu tirinya dalam keadaan bersujud di Kampung Air Merah kira-kira jam 9 malam tadi.

Norsiah Awang, 36, berkata, ketika kejadian, dia memanggil nenek tiri, Hasnah Napiah, 80, dari luar rumah namun tiada jawapan.

“Masa tu banjir dah mulai surut cuma ada selut-selut sahaja dalam rumah, bila tengok kat katil tak ada orang, kemudian periksa bahagian lain,” katanya.

Norsiah yang juga merupakan Anggota Pertahanan Awam (APM) ketika itu sedang bertugas memantau kejadian banjir di beberapa buah kawasan termasuk rumah Hasnah.

Katanya, dalam keadaan samar akibat terputus bekalan elektrik, dia ternampak seolah-olah terdapat bantal dalam keadaan tenggelam.

“Apabila didekati, rupa-rupanya tok terduduk dalam keadaan bersujud,” katanya.

Pemeriksaan dilakukan pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Menurutnya, Hasnah yang uzur akibat sakit lutut selama ini hanya mengengsot untuk bergerak dan tinggal seorang diri dalam rumah terbabit.

Dia dikatakan sering ke rumah adiknya di Selama, bagaimanapun tidak menyangka bahawa mangsa berada di rumah seorang diri ketika kejadian.

Jenazah Hasnah kemudian diuruskan sebelum dibawa ke masjid untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid At-Taufiq Air Merah dan selesai kira-kira jam dua pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Yusof Shaari mengesahkan kematian warga emas terbabit adalah disebabkan sakit tua.

DAPATKAN INFO-INFO TERKINI HANYA DI M.U.S . TERIMA KASIH.

SUMBER : CM

Comments

Popular posts from this blog

KEMUNCULAN VIRUS 'LANGYA' CETUS KEBIMBANGAN, 35 ORANG TERJANGKITI

[TERKINI] Tarikh Kemaskini Info Maklumat BKM Fasa 3

Selesai buat umrah, Fara Salleh minta titip doa agar dirinya terus beristiqamah