PAKAR DEDAH CARA MENGATASI 'STRESS'DI TEMPAT KERJA

Tidak dinafikan dalam bidang pekerjaan kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang adakalanya membuatkan kita rasa tertekan.

Tekanan bukan sahaja datang dari tugasan sahaja, malah ia juga boleh terjadi atas beberapa perkara seperti persekitaran yang tidak sihat dan mental yang terlalu penat.

Semuanya jadi tidak menentu, kurang motivasi untuk bekerja dan tidak berminat untuk meneruskan kerja dengan baik.

Antara cara yang dapat menangani masalah ini adalah dengan mengambil cuti untuk merehatkan diri.

Bercuti sekurang-kurangnya 3 hari dapat membantu seseorang itu dalam mengatasi masalah tekanan kerja agar dapat kembali bekerja dengan baik.

Menurut perkongsian di TikTok Profesor di Jabatan Psikologi dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah, percutian selama tiga hari dapat membantu menangani tekanan kerja.

Seseorang itu perlu mengambil cuti sekurang-kurangnya tiga hari untuk lepaskan tekanan kerja.

Cuti sehari dan kemudian kembali bekerja, tidak banyak membantu individu tersebut untuk melalui proses bertenang kerana saki baki tekanan itu masih ada di dalam diri.

Fokos kepada diri sendiri dan keluarga, pergi bercuti dan luangkan masa untuk berehat, lepaskan segala tekanan dan bertenang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berkongsi luahan perasaan dan berterima kasih dengan perkongsian Profesor ini kerana ia sedikit sebanyak membantu mereka dalam menangani masalah tekanan yang dihadapi.

SUMBER: PORTALMALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

KEMUNCULAN VIRUS 'LANGYA' CETUS KEBIMBANGAN, 35 ORANG TERJANGKITI

[TERKINI] Tarikh Kemaskini Info Maklumat BKM Fasa 3

Selesai buat umrah, Fara Salleh minta titip doa agar dirinya terus beristiqamah